Pekerja anda adalah aset anda? Adakah syarikat anda akan menjadi lebih berdaya saing dan lebih menguntungkan, sekiranya pekerja anda menguasai bahasa Jerman? Sekarang adalah masanya untuk melabur dalam latihan mereka.
Yakinilah kami sebagai peneraju pasaran global bagi bahasa Jerman. Manfaatkan kepakaran kami, serta pengalaman kami selama 60 tahun di Malaysia untuk syarikat anda.
Kami bersedia menawarkan kursus bahasa Jerman yang disesuaikan bagi anda, dan juga latihan melibatkan antarabudaya. Tanya kami
Kursus kami
Foto: Getty Images
Kursus bahasa Jerman di pejabat
Tawarkan peluang kepada pekerja anda untuk mengembangkan kemahiran bahasa Jerman mereka. Kaedah pembelajaran moden dan sokongan individu kami memastikan pembelajaran menyeronokkan, dan peserta kursus kekal bermotivasi tinggi sambil mempercepatkan kejayaan pembelajaran.
Kursus kumpulan dalam talian kami menggunakan situasi kehidupan sebenar untuk menyediakan konteks yang tulen untuk mempelajari bahasa Jerman.
Anda mahu menilai kemahiran bahasa Jerman dalam kalangan pemohon dan pekerja anda? Sila gunakan penilaian kami bagi memenuhi tujuan tersebut.
Kami berbesar hati untuk memberikan khidmat nasihat kepada anda, serta merangka kursus bersifat individu untuk syarikat dan pekerja anda.
Bukan apa yang anda cari? Kami pasti mempunyai kursus yang sesuai untuk anda.